
windrunnerstar
3 tahun
Bersama semasa awal kehamilan
Saya wanita berusia 24 tahun. Saya baru mengetahui bahawa saya mengandung. Usia kehamilan saya baru 4 minggu. Tetapi saya ada berhubungan kelamin dengan suami. Apakah ada kesan sampingan dengan kandungan saya doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, tindakan berhubungan kelamin dengan suami tidak akan mempengaruhi kandungan anda, tiada kesan sampingan. Namun, tindakan ini perlu dikurangkan atau dielakkan semasa trimester tiga sebab air mani mengandungi prostaglandin, dapat merangsang pengecutan rahim.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Ibu dan Anak (Obstetrician).