
Anonymous
5 tahun
Bersetubuh sebelum period
Doctor , saya ada melakukan hubungan dengan suami kemudian saya ada makan postinor2 , selepas itu saya period selama 7 hari . Adakah saya masih boleh mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Postinor 2 ini adalah pil perancang atau kontraseptif kecemasan yang diambil 72 jam selepas melakukan hubungan seksual. Ia tidak selalu membahayakan dan mempunyai kesan sampingan tetapi amat jarang sekali ia memberi kesan pada wanita. Paling-paling ia akan memberi kesan haid datang awal atau lambat.
Jika anda masih bimbang akan peluang untuk menjadi hamil anda bolehlah mendapatkan nasihat daripada doktor ataupun membuat ujian air kencing.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.