
Sulit
4 tahun
Bersetubuh seminggu sebelum haid boleh menyebabkan hamil?
Saya wanita berumur 35tahun… 3 bulan tak berjumpa suami. Dan baru baru ni saya ada bersetubuh dgn suami seminggu sebelum haid.adakah saya hamil sebab 5hari period saya tak keluar lagi. Payudara saya pun sakit sakit mcm nak dtg haid.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, kriteria berikut boleh menyebabkan peningkatan peratusan untuk hamil:
- melakukan seks pada waktu kesuburan anda. Wanita akan menjadi lebih subur pada hari ke 11 hingga 15 dalam kitaran haid. Kerana pada hari ke-14 adalah hari di mana anda melalui ovulasi.
- sperma suami tiada kecacatan
- tiada halangan dalam rahim anda untuk pertemuan sperma dan ovum di tiub fallopian
- tidak mengambil pil perancang
Selain daripada hamil, haid lewat juga boleh disebabkan oleh perkara berikut:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Haid lewat? Dapatkan kepastian dan tidak perlu tertanya-tanya lagi.
Anda boleh melakukan ujian kehamilan setelah dua minggu lewat haid daripada tarikah sepatutnya.
Untuk mendapatkan keputusan UPT yang optimum, anda boleh cuba
- Lakukan ujian di awal pagi atau air kencing pertama hari tersebut
- Membaca arahan UPT kit dengan teliti kerana setiap syarikat mengeluarkan kit yang berbeza dan arahan yang berbeza
- Lakukan ujian selapas 2 minggu anda tidak datang haid mengikut kalendar anda
Anda masih risau tentang haid lewat? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.