
Sulit
5 tahun
Bersetubuh tak lama, pramatang
Sya berumur 53 tahun, kadang² lama kadang² cepat dah pancut

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah ejakulasi pra-matang boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol, darah tinggi
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh cuba berhenti merokok (sekiranya merokok), kawal penyakit darah tinggi dan gula tinggi serta senaman. Terdapat juga ubat bagi membantu masalah yang dihadapi anda namun ianya memerlukan preskripsi dahulu bagi memastikan ianya tidak memberikan kesan terhadap kesihatan anda. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.