Sulit
3 tahun
Bersin Pada Waktu Pagi Hari
Anak saya 9 tahun selalu bersin-bersin pada waktu pagi selepas bangun tidur. Ini termasuklah selepas dia mandi pagi. Adakah ini resdung? Apakah cara untuk mengatasi keadaan ini? Ahli keluarga ada yang ada sejarah asma. Terima kasih.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala-gejala yang anda alami boleh jadi disebabkan beberapa perkara seperti:
- Allergic rhinitis (resdung)
- Non-allergic rhinitis
- Vasomotor rhinitis - berlaku apabila perubahan suhu sejuk ataupun panas
- Infection rhinitis - jangkitan lapisan dalam hidung
- Sinusitis (jangkitan rongga tengkorak)
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.