
Sulit
4 tahun
Bersin Tapi Sakit Bahagian Perut
Saya wanita usia 20-an dan baru² ni disahkan hamil 8 minggu. Adakah normal untuk saya rasa sakit di bahagian perut setiap kali saya bersin. Saya risau kalau ianya menjejaskan kandungan saya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Pertama sekali tahniah diucapkan atas kehamilan tersebut! Semoga anda dan pasangan dapat melalui detik-detik yang bahagia ini dengan penuh keceriaan.
Namun kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Terdapat banyak faktor kenapa perut boleh sakit ketika bersin. Ia boleh berpunca dari fisiologi dan respon tubuh yang normal disebabkan oleh:
- peningkatan tekanan abdomen sejenak untuk menolak angin dari dalam paru-paru keluar salur pernafasan (baca: fisiologi bersin)
- peningkatan tekanan tersebut juga akan menolak organ-organ lain disekitar (i.e. diafragma, usus, perut, dll)
- ini membuatkan anda terasa sakit atau kurang selesa apabila organ-organ mahupun kandungan anda terkena tekanan yang sejenak
atau ia boleh berpunca dari gangguan tubuh yang telah diperberat dengan fisiologi bersin, seperti:
- Gastrik
- GERD
- Trauma abdomen
- dll
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda turut menyampaikan maklumat ini apabila mendapat temu janji kehamilan di klinik kesihatan. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.