
Sulit
3 tahun
Berus gigi guna sabun mandi
saya sebelum ni ada berus gigi guna sabun , dan saya telah sakit perut selama 13 hari , adakah itu sebab saya sakit perut doktor ?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala sakit perut selama 13 hari setelah memberus gigi menggunakan sabun mandi, adakah ini betul? Jangan risau, kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk pengetahuan anda, gejala sakit perut boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Keracunan makanan
- Gastrik
- Alahan
Namun begitu, gejala yang dinyatakan itu juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius seperti:
- Acute appendicitis
- Inflammatory Bowel Syndrome
Gejala sakit perut boleh berlaku jika menelan sabun dalam kuantiti yang banyak.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan bantuan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor