
Sulit
3 tahun
Betul ke kalau bekas pesakit covid ke tunggu 90hari baru boleh amik vaksin:pleading_face::pleading_face:
Hi doc saya bekas pesakit covid 19 saya nak tanya betul ke kena tunggu 90hari baru boleh amik vaksin covid 19

3 tahun
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang kita alami sekarang, lebih-lebih lagi berkenaan potensi reinfeksi COVID-19 dan keselamatan/kesihatan orang yang tersayang.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Untuk pengetahuan anda, mereka yang telah sembuh dari jangkitan virus (atau khususnya COVID-19) secara automatik telah mempunyai kekebalan terhadap strain virus COVID-19 tersebut. Maka dengan itu, anda (secara teori) telahpun bebas dari jangkitan dan tidak lagi dapat menjangkiti orang lain. Sila menghubungi doktor anda untuk mendapatkan kepastian.
Walau bagaimanapun, berdasarkan informasi terkini, sememangnya terdapat beberapa kes dimana berlakunya fenomena reinfeksi atau jangkitan semula COVID-19 pada bekas pesakit yang telah sembuh. Walaupun mekanisme tentang reinfeksi itu tidak terlalu jelas, kemungkinan besar ia disebabkan oleh penularan dari orang lain yang terkontaminasi dengan virus COVID-19 atau kontak rapat kepada pesakit positif yang lain.
Justeru adalah amat penting bagi anda sekeluarga untuk mematuhi SOP seketat mungkin. Laksanakan kebersihan tangan dengan baik, patuhi penjarakan sosial/fizikal setiap masa, memakai pelitup muka apabila anda berada di luar rumah dan kurangkan terdedah kepada komuniti di luar buat sementara waktu atau stay home sekerap yang boleh agar kadar kebolehjangkitan sekeluaraga menjadi semakin kecil.
Saya juga menggalakkan anda untuk menjawab kuiz ini secara berkala di Penilaian Risiko untuk COVID-19 untuk menilai status kesihatan semasa anda berkaitan dengan penyakit ini. Setelah menyelesaikan kuiz ini, anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori. Arahan selanjutnya akan diberikan pada akhir kuiz.
Berdasarkan JKJAV, vaksin COVID-19 boleh diberikan kepada individu yang telah sembuh daripada jangkitan COVID-19. Justeru untuk mengetahui secara lebih terperinci tentang bila dan bagaimana anda boleh mendapatkan vaksin anda juga boleh menghubungi JKJAV atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. Klik di sini untuk bercakap dengan doktor Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini