
risha7786
5 tahun
Betulkah saya perlu makan ubat ini
Saya wanita berumur 20, belum berkahwin, ada masalah period terskip 2 bulan, saya last period 15.08.2019.Saya telah mendapatkan rawatan dipakar, saya buat ujian air kencing, sudah scan dan ujian darah. Menurut dr semuanya dalam keadaan normal & faktor period saya lambat adalah kerana saya penat & stress. Doctor memberi saya pil Yasmin 21 biji, ada 3 kotak dimana saya perlu makan selama 3 bulan. Tetapi bila saya balik rumah, kakak saya mengatakan yasmin itu pil perancang! Jadi adakah ianya normal utk saya yg belum berkahwin ini makan pil ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan,tiada masalah bagi wanita yang belum berkahwin untuk mengambil pil tersebut kerana selain sebagai perancang kehamilan, ia juga memiliki pelbagai fungsi termasuklah merawat masalah haid yang tidak teratur, lewat, haid berlebihan dan sebagainya.
Jika anda merasakan masalah yang anda hadapi merisaukan, anda disarankan untuk mengambil ubat tersebut.
Walaubagaimanapun, anda masih disarankan untuk melakukan aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan emosi dan stress dalam kehidupan seharian agar masalah anda dapat diselesaikan dengan berkesan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.