
Sulit
3 tahun
Beza rtk dengan rt pcr sample
Sekiranya rtk negative ada kemungkinan tak rt pcr covid akan jadi positif.sebab sekarang saya ada rasa sesak sampai sakit dada.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera, dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, ujian RTK-Ag adalah satu ujian saringan untuk Covid-19 manakala ujian RT-PCR adalah ujian diagnostik Covid-19. Namun, kedua-dua ujian ini dijalankan untuk mengesan virus Covid-19 dalam badan.
Ujian RT-PCR adalah lebih tepat berbanding ujian RTK-Ag, tetapi ia akan mengambil masa yang panjang manakala ujian RTK-Ag mengambil masa selama 15 minit. Kedua-dua ujian ini menggunakan sampel daripada nasopharynx.
Ada kalanya ujian RTK-Ag boleh menunjukkan bahawa individu adalah negatif, tetapi semasa ujian RT-PCR dijalankan, ia boleh menunjukkan keputusan positif. Oleh itu, KKM menyarankan individu yang negatif dalam ujian RTK-Ag tetapi bergejala, mereke perlu menjalani ujian RT-PCR. Ini adalah jawapan ringkas mengenai ujian RTK-Ag dan ujian RT-PCR.
Memandangkan anda mengalami gejala sesak nafas, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada petugas kesihatan supaya anda dapat dibantu dengan lanjut.
Anda juga boleh mendapatkan konsutasi secara atas talian bersama doktor kami sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan kami dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.