
Anonymous
5 tahun
Bhg ari-ari dan tumit kaki
Saya wanita 36, saya selalu sakit di bahagian ari-ari dan kdg-kdg terasa nyilu…tumit kaki jgk sakit…adakah disebabkan berat badan atau rahim saya tidak sihat…berat badan saya 80kg

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sakit tumit boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kecederaan: Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis: Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki
- Bursitis: Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit
Untuk pengetahuan anda, sakit ari-ari boleh jadi disebabkan oleh:
- Batu karang di buah pinggang dan pundi kencing
- Jangkitan saluran kencing
- Sembelit
- Terbentuknya batu karang bersama nanah di buah pinggang sebelah kanan
- Nanah terbentuk di sekeliling buah pinggang kerana jangkitan
- Saluran kencing tersumbat
- Pengecilan atau sempitnya tiub kencing
- Masalah ginekologi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.