Sulit
3 tahun
Bibir bengkak akibat kemalangan
5hari yanga lepas saya telah kemalangan di jalan raya yang mengakibat kan bibir saya belumuran dengan darah selepas jahit bibir saya semakin bengkak, bagaimana untuk mengurangkan sakit dan bengkak dibibir saya doc,?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk makluman anda, keadaan seperti ini akan kembali pulih dengan semulajadi secara beransur-ansur dalam tempoh kurang daripada 2 minggu. Antara cara yang dapat di aplikasikan bagi mengurangkan sakit dan bengkak pada bibir adalah tuam bahagian bengkak dengan menggunakan ais / cold pad. Namun, perlu diingati ketika menggunakan ais, pastikan ais itu berlapik dengan kain yang bersih.
Jika anda mempunyai keraguan atau persoalan lain, boleh Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.