
Sulit
2 tahun
Bibir gatal dan rasa burning
Saya wanita berusia 30tahun. Baru2 ni sy pakai laneige lip sleeping mask. Esoknya, satu lapisan “kulit mati” tertanggal drpd bibir saya. Selepas itu, sy perasan yg bibir saya rasa gatal2 dan burning.
Sy baru balik drpd farmasi. Dr. dia sarankan sy pakai vizomet pd bibir (mometasone furoate cream 0.1% w/w)
Bila dah sampai rumah, sy ragu2 nk pakai sbb masa beli td sy ada dgr dia sebut ezema. Tp sy xde ezema.
Soalan sy, just utk mendapat kepastian, ok ke saya guna ubat ni pada bibir yg rasa gatal2 and burning ni

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Anda digalakkan untuk terus ke klinik atau bercakap terus dengan pihak kami. Ubat tersebut mungkin tidak sesuai untuk anda. Diagnosis yang tepat adalah penting sebelum sebarang rawatan diberikan. Masalah anda boleh disebabkan oleh alahan, jangkitan kuman, dan sebagainya.
Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.