Sulit
2 tahun
Bibir kebas dan gigi sakit sangat..lagi bila makan dan slepas makan gigi sy tlalu sakit
sy sorg lelaki brumur 36 tahun…msalah sy gigi sy sakit slepas makan dan hilang lpas sy berkumur…dan skrg yg gusi bengkak dan bibir bwah kanan kebas2
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini harus dirujuk dengan doktor pakar gigi. Saya tidak dapat untuk mengulas dengan lebih lanjut mengenai hal ini kerana ianya di luar bidang kepakaran kami.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor gigi.
Untuk masalah perubatan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.