
Anonymous
5 tahun
Bibir kering dan bedarah
Saya wanita berusia 18 tahun. Saya nak tanya slepas saya kena allergic bernanah di kaki. Adakah allergic itu merebak ke bibir saya smpaikan bibir saya bernanah at first. And then membengkak . Kering & bedarah. Kalau dia nak mengelupas itu mmg sakit. Hrp email ini direply. Ada cara untuk mengatasi masalah ini ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, kami memerlukan keterangan dan maklumat lebih lanjut tentang gejala allergic yang anda nyatakan sebelum membuat kesimpulan tentang masalah pada bibir anda. Kebiasaannya masalah alergi atau alahan tidak bertumpu kepada satu bahagian tubuh sahaja kerana ia merupakan masalah sistemik (seluruh tubuh).
Anda disarankan untuk menghubungi kami secara atas talian bagi membolehkan maklumat lanjut didapati melalui audio atau video call agar keadaan anda dapat diketahui dengan lebih jelas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.