
spiritzkillerz96
5 tahun
Bibir kering dan mengelupas (exfloliative cheilitis)
Hai, Assalammualaikum dan selamat sejahtera, saya seorang lelaki, 22. Mengalami masalah bibir kering dan mengelupas hampir 5 tahun. Saya telah berubat dengan
macam-macam cara:-
- klinik pakar dermatologist
- pakai sebamed lipbalm
- pakai vaselin
- pakai aquaphor
- pakai eucerin lipbalm
- pakai minyak zaitun
- pakai minyak kepala dara
Dan masalah bibir saya masih tidak sembih dan semakin teruk. Saya ada buat beberapa research tentang isu ini dan ia mengatakan bibir saya seumpama dengan penyakit yanh dinamakan (EXFOLIATIVE CHEILITIS)
Symptoms :-
- kering dan mengelupas
- kuping atau kulit mati menjadi putih jika terkena air
- ulangi kering dan mengelupas setelah kulit mati bibir luruh.
jadi saya nak minta tolong doctor sangat-sangat tolong saya merawat penyakit ini kerana saya sangat terbeban susah untuk bercakap susah untuk beriadah susah untuk mandi. Untuk penyakit sebegini pernah tak doctpr di DoctorOnCall menerima jenis penyakit umpama saya? Dan adakah pesakit itu berjaya sembuh? Kerana diluar negara pesakit yang ada penyakit ini kebanyakkannya telah suicide kerana malu untuk hidup. Jadi saya mohon sangat doctor memberi kabar yang baik berkenaan isu ni. Saya sangat mahu pulih saya tidak mahu suicide. Tolong saya doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, bibi kering boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- defisiensi vitamin terutamanya vitamin B
- dehidrasi (kurang minum air)
- terdedah kepada matahari atau panas atau cuaca dingin
- alahan
Sekiranya bibir and masih kering setelah mengatasi penyebab-penyebab diatas, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor kerana dikhuatiri terjadi masalah yang seperti berikut:
- Chelitis
- Malnutrition dan dehidrasi
Untuk makluman anda, kami tidak pernah merawat masalah ini. Jika ia benar-benar exfoliative cheilitis, ia perlu dirawat oleh pakar kulit/dermatologist. Kami boleh merujuk anda kepada pakar yang bersesuaian.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.