
Sulit
5 tahun
Bibir menjadi hitam
saya remaja berumur 18 tahun. beberapa minggu ini bibir sy sangat menjadi teruk. hitam seperti merokok dan menggelupas, gatal gatal dan pedih. perlukah saya berjumpa dengan doktor di klinik?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bibir terlalu kering
- Jangkitan virus Herpes
- Jangkitan Bakteria
- Jangkitan Kulit
- Stephen Johnson syndrome (Jarang-jarang berlaku tetapi amat berbahaya)
Sekiranya anda memiliki gejala seperti demam, nanah dimulut dan sebagainya, sila dapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit, Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.