
Sulit
5 tahun
Biji air di celah jari yang tidak gatal dn tidak sakit tetapi satu biji itu berwarna nanah dan sakit
hai doktor,tangan saya mempunyai biji air yang tidak gatal dan tidak sakit…tapi ada satu biji yang sakit dan warnanya seperti menanah…bila dipecahkan alhamdulillah sudah jecut…apakaah ipenyakit itu dokotr ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Maklumat yang diberikan tidak mencukupi. Terdapat pelbagai mengenai sejarah kesihatan serta masalah yang sedang anda hadapiyang perlu ditanyakan serta pemriksaan lanjut bagi memberikan jawapan yang dikehendaki.
Memandangkan biji tersebut tidak banyak serta tidak mendatangkan masalah atau mudarat, berkemungkinan ianya bukan masalah yang serius. Tambahan pula ia telah menunjukkan tanda-tanda sembuh. Akan tetapi, anda tidak disarankan untuk memecahkannya kerana ia boleh menyebabkan trauma dan jangkitan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami… Terima kasih.