
Sulit
5 tahun
Biji-biji bawah kulit semasa kehadiran psoriasis
Saya menghidapi psoriais di bahagian sulit. Sekarang
Dah tak merah…baru hilang kembali flare dan kemerahan.kulit kering juga beransur hilang. Namun…terdapat biji2 di bawah kulit sejak muncul psoriasis tetapi tidak hilang sewaktu psoriasis sy beransur hilang. Apakah biji2 itu berkaitan penyakit lain…sy risau jika ianya memudaratkan.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala biji-biji pada kulit boleh disebabkan:
- Gumpalan tisu fiber
- Kesan gigitan serangga
- Foliculitis - jangkitan dalam pori rambut
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.