
Anonymous
5 tahun
Biji biji kecil di jari tangan
Saya berumur 21 tahun . Pada bulan 2 ibu jari tangan kanan saya mula terasa gatal dan timbul biji biji kecik . Lama kelamaan saya semakin tidak selesa dan merebak ke jari tangan kiri saya . Cuma yang kiri ni berlaku di belah hadapan jari . Saya kerap menggaru secara kuat dan sekarang ia dah luka . Saya cuma letak dengan minyak gamat tapi semakin lama semakin teruk seperti susah untuk sembuh . Saya taktahu apa punca jari saya jadi macamni dan apakah penyakit ini

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kulit
- Alahan kulit kepada bahan seperti sabun pencuci
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!