
Sulit
4 tahun
Biji di bibir kemaluan
Saya wanita, belum berkahwin dan tidak pernah melakukan hubungan seks. Baru baru ini ada biji berwarna putih yang tumbuh di bibir kemaluan saya. Tidak sakit. Apakah itu? Adakah ia berbahaya? Saya takut ia adalah genital warts.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Biji atau benjolan di bahagian kemalun ini mungkin
- Benjolan yang tidak memudaratkan seperti: sista, Fordyce spots (kelenjar sebum), kulit berlebihan ( skin tag )
*Ketuat - Herpes
Sekiranya anda mengalami benjolan serta simptom berikut, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor bagi rawatan lanjut.
- Terdapat discaj atau nanah dari benjolan tersebut
- Sakit atau tidak selesa semasa hubungan seks
- Sakit, kemerahan serta benjolan pada bahagian alat sulit
- Gatal pada bahagian kemaluan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.