
Sulit
4 tahun
Biji di leher kiri bawah dagu
Saya wanita berumur 23 tahun. Saya perasan ada benjolan keras di leher kiri di bawah dagu. Benjolan ini tidak sakit mahupun menghalang saya untuk makan. Apakah penyebab benjolan ini dan adakah ini perkara biasa atau perlu mendapatkan konsultsi doktor?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah benjolan di leher yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pembesaran kelenjar limfe
- pembesaran kelenjar tiroid
- Non cancerous tumor
- kesan sampingan ubat - ubatan
- aneurysm
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.