
Sulit
4 tahun
Biji gatal di payudara
Saya remaja Dan saya sering mendapati bahawa setiap bulan payudara says akan ada biji biji gatal yang tumbuh Dan berwarna merah. Saya tukar anak anak setiap hari tetapi serial Kali nak tukar mesti biji biji tu melekat Dan kulitnya tercabut Dan semakin pedih. Tetapi ia pergi dengan sendiri Dan datang juga sendiri. Bagaimana ya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan sekarang !
Umumnya gangguan yang di alami boleh berpunca dari:
- peluh yang berlebihan disertai dengan jangkitan kuman (pastikan payudara sentiasa bersih & tidak terlalu lembab atau terlalu kering)
- trauma atau geseran kulit dari ukuran pakaian dalam yang tidak sesuai (terlalu kecil)
- alahan atau kulit yang tidak sesuai dengan bahan pakaian dalam (di sarankan memakai produk dari bahan cotton)
Namun selain itu, ia juga boleh menandakan kondisi yang lebih serius seperti:
- kanser payu dara
- fibroadenoma
- gangguan kelenjar
- gangguan saluran limfa
Justeru anda disarankan untuk belajar teknik pemeriksaan sendiri payudara atau PSP bagi menilai sendiri benjolan benjolan tersebut sebelum ke klinik. Namun kami tetap menyarankan anda untuk berjumpa doktor dalam waktu yang terdekat. Kerana, untuk mengetahui punca masalah sebenar pemeriksaan lanjut perlu dilaksanakan.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).