
Sulit
4 tahun
Biji merah di celah peha
Terdapat seketul biji merah di celah peha saya. Dan saya picit tidak keluar nanah atau sakit. Boleh saya tahu apakah itu.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Biji merah dicelah peha merupakan perkara yang sering diadu oleh pesakit. Ia memerlukan pemeriksaan lanjut untuk mengenalpasti punca tersebut. Hal ini kerana. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- bisul
- jerawat
- jangkitan kulat
- alahan pada produk pencuci
- psoriasis
- ekzema
Oleh itu, saya sarankan anda memastikan kebersihan pada lokasi tersebut, tidak memakai seluar dalam ketat, menggunakan pencuci anti sensitif kulit. Namun, langkah ini hanya bersifat sementara. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.