
farahnorhazeli
5 tahun
Bila boleh makan acid folic
Salam sejahtera… sy bru habis pantang disebabkn keguguran… boleh sy thu bilakah sy boleh start amalkan acid folic…sy mmg rancang utk hamil lgi…bilakah sy boleh makan acid folic? Sekian…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan asid folik boleh diambil sebelum ataupun semasa mengetahui status mengandung. Memandangkan anda sedang mencuba untuk hamil, anda boleh mengambil pil tersebut. Anda boleh ambil dalam tempoh 3 bulan sewaktu merancang kehamilan. Setelah anda hamil, anda harus ambik sepanjang trimester pertama.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai asid folik ataupun mengenai kehamilan, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.