
Sulit
4 tahun
Bila perlu jumpa doctor
Saya melakukan test upt menggunakan clearblue digital test dan result nya pregnant with 3+ week, bila saya perlu brjmpa dgn doctor utk check selanjutnya. Apakah perlu ke klinik kerajaan dulu atau swasta pn boleh?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Secara amnya, anda perlu berjumpa dengan doktor dan dapatkan ubat seperti vitamin dan asid folik pada trimester pertama (minggu pertama hingga minggu ke-12 kehamilan) untuk memastikan janin dalam kandungan mendapatkan nutrisi. Anda juga perlu membuat ujian kesihatan untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah-masalah kesihatan yang boleh mendatangkan risiko kepada diri anda dan bayi dalam kandungan sewaktu kehamilan.
Anda boleh pergi ke mana-mana klinik yang berdekatan dengan anda untuk mendapatkan konsultasi daripada doktor dan dapatkan tarikh temu janji seterusnya. Tiada masalah untuk pergi ke klinik kerajaan ataupun swasta.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.