
Sulit
4 tahun
Bila tranexamic acid menunjukkan kesan?
Sy mengambil perancang depo… Hampir 2 tahun semakin lama period semakin panjang… Sesi kali ni agak heavy… Dan doc memberikan tranexamic acid 250mg untuk memberhentikan pendarahan… Untuk makluman doc, sy suda buat ujian upt(negetif)… Hb (13)…scan rahim normal… Dan pap smear juga normal…
Soalan sy, pada hari ke berapa ubat ini akan menunjukkan kesan iaitu berhentikan period sy… (doc bagi 2biji 3 kali sehari untuk seminggu)
Perlu ke saya habiskan pil tersebut jika darah suda berhenti?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Mengenai soalan anda, kesan ubat ini bergantung pada keadaan dan ia tidak sama untuk semua orang. Selagi pendarahan tidak berhenti, anda perlu makan ubat tersebut. Namun jika pendarahan sudah berhenti, anda boleh berhenti mengambilnya.
Ubat ini perlu diambil dengan berhati-hati bagi pesakit buah pinggang, ibu yang mengandung serta ibu yang menyusu. Sekiranya anda mengalami kesan-kesan sampingan dari ubat ini, anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun bercakap dengan kami bagi alternaatif lain di link ini (DoctorOnCall).
Terima kasih.