
radawiyahmukhtar
5 tahun
Bila waktu sesuai untuk anak mengambil ubat cacing?
Salam Sejahtera, saya inginkan bertanyakan kepada doktor, saya mempunyai seorang anak dalam usia 1 tahun 7 bulan, kebelakangan ini, dia mengalami kembung perut, membuang air besar seperti cirit birit, batuk seperti geli tekak dan mempunyai lingkaran bawah mata seperti kepenatan. Adakah itu simptom dia mengalami cacing? dalam usianya, bolehkah saya membeli ubat cacing di farmasi?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anak anda hadapi boleh disebabkan:
- Alahan pada susu atau makanan
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus
- Masalah penghadaman seperti penyakit Coeliac
Untuk mengetahui punca kepada masalah ini, anak anda perlu diperiksa dahulu. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.