
Sulit
3 tahun
Bilakah masa yang sesuai untuk ambil ubat cacing untuk anak
hai doc anak saya berumur 4 tahun 9bulan dia sekarang demam selsema dan batuk sudah berapa hari dan saya syak dia demam cacing sebab demam nya masih tak kebah , saya ada beli ubat cacing , bolehkah beri sekiranya demam dia on off dan bolehkah bercampur dengan ubatan lain spt pcm

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kanak-kanak sering mengalami demam akibat tindak balas pertahanan tubuhnya melawani jangkitan di sekeliling. Simptom-simptom ringan seperti batuk selalunya akan mengambil masa yang panjang sehingga 3 minggu sebelum mereka pulih sepenuhnya. Namun, anda disarankan berbincang dengan doktor mengenainya agar perkara yang tak diingini dapat dielakkan.
Saya berharap kenyataan diatas dapat membantu anak anda dan sekiranya anda memerlukan penjelasan yang lebih lanjut, anda boleh bercakap dengan doktor kami atau mendapatkan nasihat doktor pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.