Sulit
3 tahun
Bilangan hari datang haid
Sy wanita 39thn kitaran haid sy selalunya 4 hari… Tp sejak januari 2019 haid sja menjadi 3 hari sahaj… Adakah ia normal atau adakah terdapat penerangan apa2 mengenainya. Tq doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kitaran haid normal adalah 21-35 hari manakala, tempoh datang haid normal adalah 2-7 hari. Oleh itu, pada pendapat saya tiada masalah dengan kitaran haid anda.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.