
Sulit
4 tahun
Bimbang kehamilan terjadi
adakah air mani yang diletakkan di atas badan boleh memasuki lubang faraj dan menyebabkan kehamilan ? maaf tanya sekali lagi . saya tak dapat melihat jawapan saya pada soalan saya yang pertama

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, kehamilan boleh berlaku apabila sel sperma dari air mani lelaki memasuki faraj wanita dan seterusnya berenang ke serviks serta rahim untuk sampai ke tiub fallopio iaitu tempat telur wanita berada. Oleh itu, hubungan suami isteri secara penetrasi zakar ke dalam faraj adalah satu-satunya cara untuk kehamilan berlaku.
Namun, terdapat kemungkinan bahawa perempuan boleh mengandung walaupun tidak melakukan sebarang penetrasi seksual. Walaupun kebarangkaliannya adalah rendah, persenyawaan masih boleh berlaku jika air mani berada di sekitar/ berdekatan kawasan vagina/lubang faraj.
Sekiranya anda mengalami gejala seperti tidak datang haid, mual muntah dan kram pada perut, adalah sebaiknya anda berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih