
Anonymous
5 tahun
Bintik-Bintik berair
Saya seorang pelajar berumur 19 tahun…Dalam sminggu ni,saya sedar terdapat bintik-bintir berair ada pada tangan dan kaki saya.Dan sekarang bintuk berair berada di sekitar mulu dan bibir…Adakah itu perkara biasa?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Anda mungkin mengalami masalah eksima dyshidrotik iaitu:
keadaan kulit di mana lepuh atau biji-biji berisi air yang boleh tumbuh di bawah tapak kaki dan / atau tapak tangan anda.
Lepuh biasanya gatal dan boleh diisi dengan cecair dan boleh kekal selama dua hingga empat minggu dan mungkin berkaitan dengan alahan atau tekanan musim.
Lepuh ini mungkin menjadi lebih serius pada waktu badan mengeluarkan peluh.
Keadaan tuan/puan mungkin disebabkan eksima dishidrotik yang tidak dirawat di samping kekerapan pengeluaran peluh di tangan yang menjadikan kondisi lebih serius.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!