shikin.faizal
5 tahun
Bintik bintik gatal di jari & tapak tangan
Saya wanita berusia 24 tahun, dalam 2 bulan lepas saya mengalami gatal gatal di jari,hanya 1 jari ditangan kanan. saya hanya ke pharmacy dan diberi ubat sapu vizomet. Ubat ini membuat jari saya kering, jika terlebih gerak dia akan buat kulit saya merekah.Sehingga hari ini belum elok lagi.
Lama kelamaan dia menjadi terlalu kering dan semakin merekah juga gatal. 2 hari lepas saya ke pharmacy lain dan beri tau masalah yang saya alami, pharmacy memberi saya ubat tahan gatal CARIN TABLET 10MG10’s, sabun SULPRO CLEANSING SOAP 100gram & SORLES MOISTURISING CREAM . malam selepas berbuka saya makn ubat yang diberi, sapu cream, dan guna sabun yang diberi, keesokan harinya, ia jadi semakin merebak, tersangat gatal, kini dua2 belan tangan saya mempunyai bintik bintik gatl itu penuh seluruh jari dan tapak tangan hingga ke pergelangan tangan saya. 1 jari saya yang saya cakap seperti diatas jadi semakin teruk dan ia buat jari saya berdarah jika saya terlebih gerakkan.
Saya seorang suri rumah sepenuh masa, untuk saya buat kerja rumah, memasak dan sebagainya jadi terbatas kerana tangan saya jadi bengkak dan penuh dengan biji biji gatal juga susah untuk menggenggam. apa perlu saya buat?
5 tahun
*Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- gigitan serangga
- alahan pada produk pencuci, lebih-lebih lagi jika anda membuat kerja rumah tanpa memakai sarung tangan
- kesan sampingan ubat- ubatan
- penyakit autoimun
- jangkitan kuman pada kulit (bullous cellulitis)
Saya sarankan anda segera ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana kulit anda telah pun mencapai tahap pendarahan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































