
Sulit
4 tahun
Bintik bintik hitam di bahagian luar kemaluan dan tidak terdapat di mana mana tempat selain kemaluan saya
Saya berumur belasan tahun. Baru baru ini saya perasan ada bintik hitam dan tidak berasa gatal di permukaan luar kemaluan saya. Bintik tersebut semakin bertambah . Bintik tersebut hanya terdapat di permukaan luar kemaluan sahaja tetapi tidak ada di tempat lain . Bintik tersebut tidak berasa gatal ataupun pedih . Apakah sebabnya ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya tidak dapat untuk memberi kata putus sama ada ia normal atau tidak kerana banyak lagi maklumat lain serta pemeriksaan harus dijalankan.
Namun begitu, sekiranya bintik-bintik hitam itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada anda, ia mungkin tidak akan memudaratkan anda. Akan tetapi sekiranya tompok itu semakin membesar, sakit, gatal atau pedih, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor bagi mengajukan masalah anda itu.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.