Sulit
3 tahun
Bintik-bintik kecil yg terkandung nanah
Anak saya baru seminggu dilahirkan dan menyusu badan. Saya dapati ada bintik2 kecil di lehernya. Apakah yg prrlu saya lakukan utk menhilangkan dan mengelakkan bintik2 itu datang semula.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu bintik-bintik kecil di leher. Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya.Antaranya ialah :
- Jangkitan kulit: bakteria & kulat
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.