
Sulit
5 tahun
Bintik-bintik merah dari peha hingga buku lali anak
Umur anak sy 1y10m…ada bintik2 merah muncul pd belakang kaki dari peha ke buku lali…dia rasa gatal then dia menggaru…bintik2 itu jadi melecek dan berair…boleh doc jelaskan kenapa ye blh muncul bintik2 itu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penjelasan diatas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bintik merah gatal pada bayi boleh jadi disebabkan oleh pelbagai perkara seperti berikut:
- Reaksi alahan terhadap sesetengah ubat
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Henoch Schonlein Purpura
- Jangkitan kulit: bakteria atau kulat
- Penyakit berjangkit seperti demam denggi, HIV, campak, demam kepialu, penyakit kencing tikus, radang injap jantung, meningitis dan penyakit cacar air.
- Penyakit vasculitis
Bintik merah yang banyak pada badan anak kecil dikhuatiri adalah petanda terdapat penyakit serius yang mendasari. Justeru, adalah sangat dianjurkan untuk anda merujuk doktor berkaitan masalah ini.
Bagaimanapun, bagi mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.Terima kasih.