
Sulit
5 tahun
Bintik hitam di kawasan ari ari dan keliling zakar
Saya lelaki dalam sekitar 20 mengalami bintik hitam seperti jerawat yang tumbuh di kawasan bulu ari ari dan di sekeliling bahagian bawah zakar tidak gatal dan rasa sakit tapi bila di tekan akan keluar darah atau bila di cabut keluar darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Saya tidak dapat untuk memberi kata putus sama ada ia normal atau tidak kerana banyak lagi maklumat lain serta pemeriksaan harus dijalankan.
Namun begitu, sekiranya bintik itu tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada anda, ia mungkin tidak akan memudaratkan anda. Ini mungkin masalah ingrown hair di mana bulu anda timbuh di bawah lapisan kulit, lalu dijangkiti.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.