
Sulit
4 tahun
Bintik hitam kecil seperti tahi lalat di buah zakar
Saya terasa gatal di bahagian kanan buah zakar ,timbul bintik hitam kecil seperti tahi lalat di kulit buah zakar yang gatal tersebut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Herpes Kelamin (Genital Herpes) yang boleh disebabkan oleh virus HSV
- Litchin nitidus (keradangan pada bahagian kelamin)
- Candidiasis (disebabkan oleh jangkitan kulat)
- Kudis buta (Scabies)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah