
Sulit
4 tahun
Bintik hitam seperti tahu Lalat Di kaki kiri
Jari kelingking Dan jari telunjuk saya berubah warna daripada coklat cair dan menjadi pudar. Kemudian, saya perasan kat kaki Kiri saya terdapat bintik hitam seperti tahi Lalat. Adakah itu dikenali sebagai melanoma? Boleh bagitahu Cara menghilangkannya? Berapa lama ia akan hilang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang bintik hitam di kaki.
Untuk makluman anda, melanoma mempunyai ciri-ciri tersendiri dan memerlukan pemeriksaan fizikal dan klinikal sebelum mendiagnos ia sebagai melanoma. Bintik hitam sebegini boleh disebabkan oleh:
- Trauma
- Jangkitan kuman
- Penyakit kulit
- Jangkitan kulat
Saya tidak boleh memberi apa apa penjelasan tentang hal ini kerana saya perlu melihat bintik hitam tersebut terlebih dahulu. Oleh itu saya menasihatkan anda supaya ke klinik untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut sekiranya hal ini mengganggu kehidupan anda.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.