
Sulit
4 tahun
Bintik merah berkekalan
Dr saya nak tanya ni, kenapa tangan dan kaki saya naik bintik merah seperti kena gigit nyamuk yg meninggalkan kesan merah yg berpanjangan boleh dikatakan dalam 2 bulan lebih kesan merah itu masih ada … tambahan lagi boleh dikatakan bila sentuh sahaja bahagian merah itu automatically dia akan adanya gatal tersangat gatal yg boleh mengakibatkan adanya parut … Dan ia telah merebak keseluruh badan saya… Tambahan pula, saya penghidap penyakit jantung berlubang yg telah mengambil ubat penicillin V 125mg… Adakah ia kesan daripada ubat antibiotik tersebut dalam saya terlalu banyak atau sebaliknya seperti penyakit lain cth hama? Tolong saya Dr urgent sangat ni

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kesan sampingan antibiotik
- urticaria
- Jangkitan Kulat
- Jangkitan Scabies
- Psoriasis
- alahan
- gigitan serangga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.