atk.atika92
5 tahun
Bintik merah bertukar seperti ulser dan putih. Lelehan keputihan meningkat dan bintik2 semakin banyak
Saya 28 tahun. Penyakit kelamin boleh diubati dengan antibiotik atau tidak? Dan berapa lama ia akan sembuh?
Selain itu sepanjang semasa bintik2 merah tu aktif dan menjadi ulser bersama lelehan keputihan, apakah cara penjagaan yg betul. Kerapkan membasuh bahagian vaginal atau tidak perlu?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala ulser pada kemaluan anda boleh disebabkan:
- Luka akibat kurang pelincir ketika hubungan kelamin
- Jangkitan herpes genital (virus selesema)
- Jangkitan sifilis - jika anda atau suami ada melakukan hubungan seks bebas
- Kurang estrogen dihasilkan badan - menyebabkan kemaluan kering dan mudah luka
Menjawab persoalan berkenaan antibiotik. Ubat ini hanya digunakan apabila anda sah telah dijangkiti oleh kuman/bakteria. Namun ia tidak berkesan untuk menyembuhkan sakit yang berpunca daripada jangkitan kulat, virus dan lain-lain. Oleh itu, pemeriksaan perlu dijalankan untuk mengetahui punca sebenar sekaligus menentukan sama ada anda memerlukan antibiotik dan ubat ini juga perlu mendapatkan perskripsi daripada doktor. Durasi kesembuhan juga bergantung kepada punca sakit, tahap imuniti badan dan keseriusan sakit yang anda alami.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































