
suenie843
5 tahun
Bintik merah dan gatal
Baru2 inj saya ada mkn meggi telur mata.dan makanan ini biasa saya makan.dan semua nya okey sahaja.tapi kali ini saya mkn meggi telur mata itu direstoran yg berbeza.dan seleps itu bintik2 merah kecil tumbuh seluruh badan saya dan saya trlah mendapatkan suntikan allergik tapi keesokan paginya saya bangun dari tmpt tidor keadaan merah itu bertambah besar dan gatal.dan saya pergi kehospital lagi untuk mendapat kan suntikan tappi bintik merah besar ini tk juga hilang .tapi semakin tumbuh srkarang pula di muka kulit muka saya.saya tak tahu kenpa.sbb sebelum inj tidak pernah pun tetjadi prkara seperti ini dan saya tk ada allergik untuk apa2 makanan atau pun ubatan…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah gatal - gatal yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- reaksi alergi
- eczema
- rosacea
- folliculitis
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih