
Anonymous
5 tahun
Bintik merah diseluruh badan..adakah Penyakit petechiae
Sy berusia 26tahun… Sy ingin bertanya ia berbahaya Dan boleh membawa maut? Bagaimana Cara untuk mengubati nya…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Petechiae adalah gejala disebabkan bintikan pecahan darah dibawah kulit. Ianya boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti:
- Sindrom uremia hemolitik (Hemolytic Uraemic Syndrome)
- Meningitis - radang selaput otak
- Masalah pembekuan darah - seperti TTP/Hemofilia
- Kurang vitamin K ataupun masalah hati
- Kesan ubat-ubatan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.