
Sulit
3 tahun
Bintik merah kecil di lengan
Saya wanita berumur 24 tahun dan mempunyai bintik merah kecil seperti razor burn di lengan. Bintik itu tidak gatal dan tidak pudar walaupun selepas beberapa bulan. Saya akui saya ada menggunakan pencukur untuk mencukur bulu roma di lengan . Adakah ianya kerana saya menggunakan pencukur atau penyakit lain?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah bintik-bintik merah pada bahagian lengan tangan. Kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Masalah peluh
- Kurang penjagaan kebersihan
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Jerawat
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.