Sulit
5 tahun
Bintik merah pada kulit muka
Saya berumur 21 tahun sdg mengalami masalah timbul bintik merah di permukaan kulit muka. sekarang saya sedang cuba produk baru dan baru 2 hari menggunakannya ,bintik merah timbul di kulit muka saya. apakah penyebabnya? dan bagaimana cara mengatasinya? terima kasih…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk menjawab persoalan anda, berkemungkinan ianya boleh menjadi iritasi disebabkan oleh kandungan yang terdapat di dalam produk penjagaan muka anda. Walau bagaimanapun terdapat beberapa sebab lain anda boleh mengalami keadaan sedemikian:
- Acne ataupun jerawat
- Foliculitis
- Contact dermatitis
- Ekzema
- Alahan terhadap ubat-ubatan
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu, anda perlu berjumpa dengan doktor kulit untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Buat masa ini, anda boleh menggunakan produk penjagaan muka sebelumnya sekiranya anda tidak mengalami masalah ketika menggunakannya ataupun bertukar kepada produk penjagaan muka yang lain.
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.



































