
Sulit
3 tahun
Bintik merah seakan ruam tapi timbul di bahagian betis
Hi doctor saya lelaki berumur 28 tahun,betis kiri kanan saya terdapat bintik merah pada awalnya dia gatal tp bila disentuh sedikit pedih. Tp di permukaan bintik merah tersebut tiada cecair. Adakah ini simptom alergi doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah bintik-bintik merah pada bahagian betis disertai dengan rasa gatal dan pedih. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
- Pakaian dalam yang terlalu ketat
- Masalah peluh
- Kurang penjagaan kebersihan
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
- Kurap atau ringworm
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.