Sulit
4 tahun
Bintik putih di klitoris
Saya tidak berasa gatal di alat sulit tetapi terdapat bintik putih di klitoris apakah kesannya berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini.Antaranya ialah:
- Ketuat di bahagian kemaluan: Terdapat ketuat yang berwarna putih atau bintik-bintik putih di kawasan kemaluan atau di lubang dubur
- Herpes di bahagian kemaluan (Genital herpes): Seperti ketuat, herpes selalunya tidak menunjukkan gejala. Mereka yang menunjukkan tanda-tanda penyakit akan mengadu demam, gatal, ‘panas’ dan bengkak di bahagian kemaluan
- Penyakit jangkitan kelamin seperti sifilis :Gejala awal adalah pesakit akan mengadu terdapat kudis dan nanah di bahagian vagina
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Pemeriksaan lanjut diperlukan bagi mengetahui keadaan sebenar anda. Sekiranya gejala yang anda alami berpanjangan, sila berjumpa dengan Doktor untuk rawatan lanjut. Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan pakar kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.



































