
Sulit
4 tahun
Bintik putih pada nipples
Saya berumur 21 dan saya dapati ada bintik bintik putih pada nipples. Adakah itu normal untuk umur saya sekarang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham keadaan yang anda alami pada masa ini. Untuk maklumat anda, kami kurang jelas berkenaan bintik putih pada puting anda. Namun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah ketumbuhan atau bintik pada bahagian puting atau payudara, seperti:
- Radang payudara (mastitis)
- Breast cyst
- Radang kulit (dermatitis)
- Saluran susu tersumbat
- Kanser payudara
Jalani aktiviti seharian anda dengan sihat dan bertenaga.
Ini hanyalah pandangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi. Pemeriksaan lanjut haruslah dilakukan untuk mengetahui punca sebenar mengapa anda mengalami masalah sedemikian dan seterusnya rawatan dapat diberikan.
Ketumbuhan atau ketulan yang dilihat pada bahagian payudara haruslah diambil perhatian oleh anda kerana ia mungkin boleh menjadi normal ataupun tidak. Saranan kami adalah anda perlu melakukan pemeriksaan payudara kendiri dari masa ke masa.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami dan mendapatkan penjelasan. Terima kasih.