
Sulit
3 tahun
Bintik2 merah belakang badan
Bintik2 merah belakang badan yg merebak di belakang bahu kiri dan kanan…tidak gatal dan tidak sakit…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih diatas pertanyaan anda.
Melalui keterangan diatas, anda mengalami masalah bintik-bintik merah pada belakang badan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Umumnya gejala seperti ini boleh disebabkan oleh beberapa punca seperti :
- Alahan pada kulit atau kulit sensitif
- Gigitan serangga
- Jerawat
- Gangguan kulit (i.e. eczema, psoriasis, dll.)
Namun begitu, masalah yang disebutkan juga boleh disebabkan oleh masalah yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian doktor segera seperti:
- Jangkitan kuman virus, bakteria atau fungus yang lain.
- Ruam
- Penyakit sopak garam iaitu urticaria
- Penyakit vasculitis
- Kanser seperti limfoma dan Kaposi sarcoma
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.