
Anonymous
6 tahun
Bintil Hitam Di kulit
Saya lelaki berusia 21 tahun. Baru baru ni timbul bintil hitam seperti bekas luka garukan di siku saya… Tak gatal tapi dari satu kini dah ada lebih dari 5 ke 6 bintil hitam dalam masa satu malam Dan mungkin akan bertambah lagi. Apakah penyebabnya?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Tahi lalat
Komedo
Skin tag
Neurofibromatosis, iaitu suatu pertumbuhan selubung serabut saraf yang berlebihan namun masih dalam batas jinak. Kelainan ini dipengaruhi oleh faktor keturunan / genetik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.